[AKAN DATANG!] Puisirama (Poetry in Motion) 2021

[AKAN DATANG!] Puisirama (Poetry in Motion) 2021
PUISIRAMA 2021 mengupas tiga kuntum puisi: Angkara Gelimang Dadah karya Faridah Taib, Topeng karya Khaziah Yem dan Nyonya Muda karya Kamaria Buang; dan kesemuanya kemudian diadaptasikan ke pentas teater oleh para pemuisinya sendiri. Pengarah Azman Shariff, Amirul Asri dan Roslan Daud menggarap dan menterjemahkan setiap puisi menerusi watak-watak yang dicipta dalam analisa teater. Hasilnya membuahkan kesinambungan tiga genre seni yang berbeza interpretasinya, tetapi menepati sasaran dan mesej yang utuh serta memelihara keindahan puisi dan tujuannya.
PUISIRAMA 2021 is inspired by three poems: Angkara Gemilang Dadah (The Repercussions of Drugs) by Faridah Taib, Topeng (Mask) by Khaziah Yem and Nyonya Muda (Young Nyonya) by Kamaria Buang; the poems are then reimagined and adapted into a theatrical version by the poets themselves. Directors Azman Shariff, Amirul Asri and Roslan Daud then insert their own translation and interpretation of each poem through the various characters under the theatrical lens. The result is a continuation of three art forms of different interpretations yet unraveling key messages that preserves the intent of each poem and its purpose.
Tema: Budaya Kehidupan Menyantun Etika Peradaban
Event Info
15 Nov 2021
Persembahan melalui Teater Digital (Digital Theatre Performance)
Faridah Taib
Dilahirkan pada 12 Jun 1964, Faridah Taib bertugas di Pendidikan (NIE) sejak 1982 hingga ke hari ini. Beliau mula mennulis sejak 1983 sebagai wartawan sambilan bersama Majalah Mingguan ANEKA dan PUSPANEKA. Beliau kemudian menulis secara kreatif sejak 2004 dan telah terlibat dalam beberapa buah buku antologi puisi. Faridah pernah meraih Hadiah Sastera dalam Anugerah Persuratan 2017 untuk sajak berjudul Sepi Nostalgia Keretapi Tanah Melayu Stesen Tanjung Pagar.
Born on 12 June 1964, Faridah Taib has worked in Education (NIE) since 1982 until today. She started writing in 1983 as a part-time journalist with ANEKA Weekly Magazine and PUSPANEKA. She then began writing creatively since 2004 and has been involved with several poetry anthology books. Faridah won the Literary Prize in the 2017 Literature Award for her poem, Sepi Nostalgia Keretapi Tanah Melau Stesen Tanjung Pagar.
Kamaria Buang
Kamaria Buang telah menjadi pengajar jahitan Persatuan Rakyat (PA) di pelbagai Pusat Residen dan Pusat Komuniti. Sebagai seorang penyair, Kamaria mula memandang serius penulisannya kebelakangan ini. Puisi pertamanya diterbitkan pada tahun 2006 di akhbar Melayu tempatan Berita Minggu. Sehingga kini, ratusan karya puisinya telah diterbitkan di surat khabar Melayu. Pada tahun 2009, karyanya Anak Tetangga Kelantan Lane memenangi hadiah Anugerah Persuratan dan ia juga dimasukkan dalam buku teks sastera peringkat A (2014 – 2025). Melalui penulisan puisi, Kamaria meluahkan fikiran dan emosinya dan berharap untuk terus menghasilkan karya yang boleh dihargai ramai.
Kamaria Buang has been a sewing instructor for People’s Association (PA) at various Resident Center and Community Center. An avid poet, Kamaria began taking her writing seriously only recently. Her first poetry was published in 2006 in the local Malay newspaper, Berita Minggu. To date, hundreds of her poetry pieces have been published in the Malay newspapers. In 2009, Kamaria’s piece Anak Tertangga Kelantan Lane was awarded in the Malay Literary Award, and it was also included into MOE’s Malay A-level literature textbook (2014 – 2025). Through poetry writing, Kamaria expresses her thoughts and emotions, and hopes to continue producing pieces that people can relate to.
Khaziah Yem
Khaziah Yem ialah seorang guru Bahasa Melayu yang aktif menulis puisi dan cerpen. Puisi dan cerpen beliau telah diterbitkan dalam akhbar Melayu tempatan. Beliau mempunyai beberapa antologi dengan para penulis daripada Singapura, Malaysia dan Indonesia. Pada masa ini, beliau aktif dalam produksi teater dan sedang mempelajari penulisan skrip dengan penerima anugerah Pingat Budaya, Nadiputra.
Khaziah Yem is a Malay Language teacher who is active in writing poems and short stories. Her poems and short stories have been published in the local Malay newspaper. She has contributed to a few anthologies with writers from Singapore, Malaysia and Indonesia. Currently, she is active in theatre production and learning script writing with the Cultural Medallion recipient, Mr Nadiputra.
Singapore Book Council

Nyonya Muda
Kisah ini mengisahkan dilemma seorang Nyonya muda yang mempersoalkan idea kebahagiaan sebuah perkahwinan yang terikat dengan norma budaya. Dunia telah banyak berubah dan pergeseran pemikiran antara generasi muda dan tua lebih jauh. Sikap halus yang digambarkan dalam karya ini menyentuh mesej yang lebih berat mengenai perkahwinan antara kaum dan pemeliharaan budaya. Apakah kesudahannya? Adakah mereka dapat menerima bahawa cinta melebihi segalanya? Adakah cinta itu cukup untuk menjaga kasih sayang dan tali kekeluargaan?
Puisi: Nyonya Muda oleh Kamaria Buang
Skrip: Kamaria Buang
Arahan: Azman Shariff
Pelakon: Faridah Taib, Adilah Affandi
Young Nyonya
This is a story of a young Nyonya’s dilemma as who questions the idea of a blissful marriage that is bound tightly to cultural norms. The world is changing and the rifts in thinking between the young and the older generation are miles apart. The subtle undertone portrayed in this piece is indeed a heavier message about interracial marriages and preservation of cultures. What will the outcome be? Are they able to accept that love outweighs everything? Is that enough to keep the endearment and the strings of kinship alive?
Poem: Young Nyonya by Kamaria Buang
Script: Kamaria Buang
Director: Azman Shariff
Actors: Faridah Taib, Adilah Affandi

Topeng
‘Topeng’ menceritakan kisah penyakit manusia berbohong demi kepentingan diri sendiri. Tanpa disedari, manusia yang memilih untuk memakai topeng itu hanya akan menjerat diri mereka sendiri. Kisah ini diceritakan di masa lalu yang indah dari suasana dapur Kesultanan Turki. Seorang MasterChef telah kehilangan deria rasanya. Untuk menjaga pekerjaan dan kedudukannya, dia memilih untuk merahsiakan hal ini. Tetapi, tipu helahnya hanya untuk mempertahankan kebanggaannya, dan keangkuhan membawa kepada kejatuhan Adakah MasterChef hilang deria rasanya sahaja di akhir cerita?
Puisi: Topeng oleh Khaziah Yem
Skrip: Khaziah Yem
Arahan: Amirul Asri
Pelakon: Amirul Asri, Mohd Hafiz Yusof
Mask
‘Mask’ tells a story of the ills of humans who lie for self-survival. Consciously or not, they put on a mask that will leave them trapped. Set in the glorious past of a kitchen setting of the Sultanate of Turkey, a MasterChef who has lost his sense of taste, chose to keep this a secret so that he could keep his job and position. But his lies were built on his pride, and his pride led to his downfall. Did MasterChef lose only his sense of taste?
Poem: Mask by Khaziah Yem
Script: Khaziah Yem
Director: Amirul Asri
Actor: Amirul Asri, Mohd Hafiz Yusof

Angkara Gelimang Dadah
Dadah dalam puisi ini adalah metafora kepada penyakit masyarakat dan ketagihan itulah yang membawa kepada kemusnahan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara. Kisah ini menceritakan seorang ibu muda bernama Maria, yang suaminya dipenjarakan kerana penyelewengan dana syarikat. Tanpa pencari nafkah utama, keluarga mereka ditinggalkan dalam keadaan huru-hara. Tidak ada lagi gaya hidup yang kaya-raya; rasa hormat antara ibu dan anak telah hilang. Si ibu dan anak kini terperangkap dalam ketagihan mereka sendiri. Bolehkah mereka diselamatkan sebelum mereka juga menjadi nombor?
Puisi: Angkara Gelimang Dadah oleh Faridah Taib
Skrip: Faridah Taib
Arahan: Roslan Daud
Pelakon: Ema Amin, Andry Hrithik
The Repercussions of Drug Addiction
In the original poem, drugs was used to symbolise the ills of society and it is an addiction that destroys self, family, race, religion and country. This short play tells a story of a young mother named Maria, whose husband was imprisoned for misappropriation of company funds. With the main breadwinner gone, the family was left in chaos. No more of the lavish lifestyle, and the respect between mother and son is lost. Both the mother and son are trapped in their own addiction now. Can they be saved in time before they too become a number?
Poem: The Repercussions of Drug Addiction by Faridah Taib
Script: Faridah Taib
Director: Roslan Daud
Actors: Ema Amin, Andry Hrithik